Rabu, 1 Februari 2017

Assalamualaikum..
Catatan pertama 2017.
https://www.facebook.com/SukmaPerkasaBP/
Perkembangan semasa kami boleh dilihat pada pautan di atas. Sejak memiliki page di facebook, segala perkembangan dikemaskini di sana. Navigasinya lebih mudah dan percuma.. begitu juga dengan leading time yg lebih pantas menjadikan medium terbaik untuk kami berkongsi perkembangan kami di sana.

Rabu, 16 Disember 2015

Persembahan Hari Guru 2015

Antara Ekspektasi dan Realiti

Ramai yang nak jadi hebat, tapi tak mahu berkorban.
Ramai nak jadi kuat, tapi malas berusaha.
Ramai nak jadi senang, tanpa melalui kepayahan.

Tapi mereka lupa,

"Jika tidak pecahkan ruyung, manakan dapat sagunya".

Terima kasih dan sekalung penghargaan kepada Skuad Persembahan Sukma Perkasa yang bertungkus lumus berlatih untuk persembahan Hari Guru.
Berikut adalah gambar dan video semasa Persembahan Hari Guru tahun 2015 di SMK Banang Jaya.


Sabtu, 28 Februari 2015

Latihan Mingguan Akhir Februari

Assalamualaikum..
Lama dah tak update blog ni.
Alhamdulillah.. Pasukan Silat SMK BANANG JAYA masih wujud lagi. Kini pasukan ini dikenali sebagai Kumpulan Silat Sukma Perkasa SMK BANANG JAYA.

Aktiviti latihan mingguan kekal waktunya iaitu pada setiap hari Sabtu, 2:30ptg hingga 4:30ptg.

Bersesuaian dengan PPPM, latihan silat di sekolah diselaraskan kaedah pembelajarannya untuk memenuhi Aspirasi Murid, iaitu KEMAHIRAN MEMIMPIN. Maka diwujudkan kaedah Mentor Mentee yang mana ahli senior menjadi Mentor kepada sekumpulan ahli baru. mereka bertanggungjawab melatih ahli-ahli baru langkah dan bunga silat.

Berikut adalah gambar -gambar semasa latihan pada 28hb Februari 2015.